Sejarah The Gadys

Keempat-empat ahli kumpulan The Gadys ialah rakan dan kenalan dalam industri seni dan sama-sama menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Hubungan mereka mula akrab selepas mengambil bahagian dalam pertandingan The Next My Star pada tahun 2020,[5] sekaligus membawa kepada penubuhan The Gadys setahun kemudian.[3]

Kumpulan ini menandatangani kontrak bersama Valient Music dan Universal Music Malaysia dan muncul bersama single sulung mereka, "Gadys Raya" ciptaan Romeo, Glow Rush, Nick Ariff dan Acap Salim.[3] Dikeluarkan pada 8 April 2022 sebagai single pra-penampilan mereka, lagu ini berkisarkan pengalaman ahli The Gadys sendiri yang tidak dapat pulang ke kampung halaman meraikan lebaran akibat pandemik COVID-19.[6]

Pada 9 September 2022, The Gadys muncul dengan single "Gelek Jambu" yang menggabungkan genre reggaeton, rock dan tradisional.[7][8] Mereka kemudian merakamkan semula lagu "Gadis dan Bunga" nyanyian asal Rahimah Rahim, yang dikeluarkan pada Mac 2023. Ini merupakan muzik video pertama The Gadys sebagai trio selepas pengunduran seketika salah seorang ahlinya, Faa Zaini pada November 2022 akibat masalah kesihatan.[9]

Rujukan

WikiPedia: The Gadys https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2022/... https://www.getaran.my/artikel/selebriti/24249/dik... https://www.hmetro.com.my/rap/2022/04/830191/gadys... https://www.hmetro.com.my/rap/2022/05/845173/gadys... https://www.hmetro.com.my/rap/2022/08/869765/gadys... https://malaysiagazette.com/2022/04/12/the-gadys-p... https://malaysiagazette.com/2022/09/24/the-gadys-k... https://www.xtra.com.my/hiburan/muncul-single-terb... https://www.xtra.com.my/hiburan/the-gadys-dah-berp... https://music.apple.com/my/album/gadys-raya/161758...